Isnin, 17 Disember 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA DI UCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA
SK SERI UTAMA SERTA SEMUA SAHABAT j-QAF SEKELIAN

Ahad, 9 Disember 2007

Adab-adab Dalam mengajar dan Mempelajari al-Quran

Perbincangan tentang kaedah pengajaran al-Quran tidak lengkap tanpa membicarakan tentang adab-adab mengajar dan mepelajari al-Quran. Adab tersebut sangat penting kerana ia mempunyai kaitan dengan keberkesanan dan keberkatan dalam mempelajari al-Quran. Kegagalan dalam melaksanakan adab-adab mempelajari al-Quran menjadi salah satu daripada punca kepada kegagalan umat Islam dalam menguasai bacaan al-Quran. Sebab itu terdapat ramai ulama’ yang menulis tentang perkara tersebut. Umpamanya al-Imam an-Nawawi rahimahullah (1992) telah menyusun sebuah buku berjudul al-Tibyan Fi Adab Hamalat al-Qur’an (التبيان فى اداب حملة القرءان) dalam membicarakan tentang adab-adab yang perlu diambil berat dalam mengajar dan mempelajari al-Quran dan Abdullah al-Qari bin Salleh (1972). Antara adab-adab yang dijelaskan oleh mereka ialah;1. Hendaklah memasang niat mengajar dan mempelajari al-Quran semata-mata kerana mencari keredhaan Allah SWT.2. Hendaklah mengelakkan diri dari mencari pengaruh atau kemasyhuran dalam mengajar atau mempelajari al-Quran.3. Hendaklah sentiasa membiasakan diri dengan amalan dan budi pekerti yang mulia sesuai dengan kedudukan al-Quran. Antara amalan yang dianjurkan ialah amalan seperti menggunting misai, memotong kuku, menguruskan janggut, membersihkan diri dari dari kekotoran dan bau yang tidak menyenangkan dan tidak memakai pakaian yang tidak senonoh.4. Hendaklah guru menyambut baik orang yang hendak mempelajari al-Quran dengannya.5. Hendaklah guru sentiasa membari nasihat-nasihat yang baik serta memberi dorongan dan motivasi kepada muridnya6. Guru dan murid hendaklah sentiasa mengamalkan sifat suka merendah diri. Mereka juga hendaklah saling berlemah-lembut antara satu sama lain.7. Guru hendaklah juga mendidik murid-muridnya dengan adab-adab yang terpuji. Mereka yang mengamalkan adab-adab yang terpuji akan mempunyai hati yang bersih dan mudah menerima ilmu yang disampaikan oleh guru kepadanya.8. Guru hendaklah mempunyai sifat berdedikasi dalam pengajarannya. Umpamanya mengosongkan fikirannya dengan perkara-perkara yang boleh mengganggu penumpuan. Di samping itu, guru juga hendaklah mengambil berat terhadap pencapaian muridnya dengan memastikan murid-murid membuat ulangkaji dan sebagainya.9. Guru hendaklah memberi keutamaan kepada murid yang datang lebih awal kepadanya.10. Guru tidak harus menolak orang yang ingin belajar dengannya meskipun orang tersebut mempunyai niat yang tidak baik atau belajar bukan kerana mencari keredhaan Allah.11. Guru hendaklah seboleh-bolehnya mencari tempat yang lapang dan selesa dalam melaksanakan pengajaran.12. Hendaklah membersihkan diri sebelum membaca al-Quran. Sebelum membaca al-Quran, seseorang itu hendaklah terlebih dahulu berwudu’.13. Hendaklah membaca dalam keadaan mengadap ke arah kiblat.14. Hendaklah menjauhkan perbuatan yang tidak senonoh seperti gelak ketawa, bergurau senda serta melihat sesuatu yang melalaikan.

J-QAF Di Semua Sekolah Rendah Menjelang 2010

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-QAF) bakal diajar di semua sekolah rendah seluruh negara menjelang 2010.Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar berkata program itu diakui telah meningkatkan kemahiran murid dalam bacaan Al-Quran dan Jawi, asas Bahasa Arab dan asas fardu ain walaupun baru tiga tahun dilaksanakan."Mengikut perancangan menjelang tahun 2010 semua sekolah rendah akan diajar J-QAF," katanya menjawab soalan Datuk Che Min Che Ahmad (BN-Pasir Puteh).Program J-QAF kini diajar di beberapa buah sekolah rendah terpilih pada waktu petang."Kementerian sangat berkeyakinan program J-QAF ini mampu menyediakan modal insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek pada masa akan datang," katanya.-- BERNAMA

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 16 TAHUN 2007

Kadar Baru Imbuhan Tetap Perumahan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 41 Hingga Gred 44.Gred 43 dan 44 - Kadar Baru (RM400/ Sebulan) Gred 41 dan 42 - Kadar Baru (RM250/ Sebulan) Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah tidak terpakai kepada pegawai dalam perkhidmatan Bomba, Penjara, Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2008.

' © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates