Ahad, 9 Disember 2007

J-QAF Di Semua Sekolah Rendah Menjelang 2010

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-QAF) bakal diajar di semua sekolah rendah seluruh negara menjelang 2010.Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar berkata program itu diakui telah meningkatkan kemahiran murid dalam bacaan Al-Quran dan Jawi, asas Bahasa Arab dan asas fardu ain walaupun baru tiga tahun dilaksanakan."Mengikut perancangan menjelang tahun 2010 semua sekolah rendah akan diajar J-QAF," katanya menjawab soalan Datuk Che Min Che Ahmad (BN-Pasir Puteh).Program J-QAF kini diajar di beberapa buah sekolah rendah terpilih pada waktu petang."Kementerian sangat berkeyakinan program J-QAF ini mampu menyediakan modal insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek pada masa akan datang," katanya.-- BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

' © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates