Khamis, 17 Januari 2008

Bahasa Arab 5 Waktu Seminggu

Bahasa Arab 5 Waktu Seminggu
Kursus yang sudah lama dijangkakan perlu hadir telahpun selesai kelmarin dengan jayanya. Ia dinamakan Kursus Pendedahan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun 1 2008. Ura-ura dan khabar angin yang selama ini hanya berlegar menjadi perbualan mulut para guru Bahasa Arab khususnya akan menjadi kenyataan Insya-Allah. Saya hanya katakan sebegitu kerana ianya belum pasti lagi kerana kena tunggu dulu Surat Pekeliling Ikhtisas dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia, barulah ia pasti akan dilaksanakan pada tahun 2008, Insya-Allah.Apa yang barunya? Apa bezanya dengan yang lama? Mungkin ada yang bertanya sedemikian.Yang pertama adalah pada namanya iaitu Bahasa Arab (BA). Kalau sebelum ini mata pelajaran tersebut dipanggil Bahasa Arab Komunikasi (BAK), kali ini ia diubah kepada BA sahaja. Memang nama tersebut ada kaitan dengan sukatan dan isi kandungan yang diajar kepada murid. Sebelum ini (dan sekarang), isi kandungan mata pelajaran lebih kepada ingin mengajar murid cara berkomunikasi dalam Bahasa Arab dan tidak diberi penumpuan pada tatabahasa (nahu). Saya secara peribadi melihat ini sebagai salah satu kelemahan dan kekurangan. Sukar untuk mengajar murid untuk berkomunikasi sahaja tanpa mengetahui kaedah-kaedah asas dalam sesuatu bahasa.Murid menjadi keliru dan sukar untuk membezakan di antara dua perkataan yang sama ejaannya tetapi berlainan barisnya. Dia menjadi keliru apabila guru sekejap menyebut "Anta" (kamu -lelaki) dan sekejap menyebut "Anti" (kamu -perempuan). Lebih payah lagi sekejap guru menyebut "Madrasatun", sekejap "Madrasati", sekejap "Al-Madrasata". Pening kepala murid dibuatnya kerana tidak tahu asas tatabahasa Arab dalam perkara itu. Murid sekolah rendah lah katakan.Kadang-kadang murid boleh tahu makna perkataan "Madrasatun" kerana dia sudah kenal huruf Ta Marbuthah di akhir perkataan tersebut barisnya mesti berbaris dua di depan. Tetapi, jika guru menulis atau menyebut perkataan dengan menggunakan baris yang lain seperti "Madrasati" dan "Al-Madrasata", maka murid itu sudah tidak tahu makna perkataan tersebut. Ada murid Tahun 3 dari kelas yang pandai pernah bertanya kepada saya tentang ini. Saya ingatkan dia boleh agak makna perkataan tersebut, tetapi dia menjadi keliru hanya disebabkan perubahan baris hujung dan penambahan Alif Lam "Al" di depan perkataan tersebut.Bukanlah langsung tidak diajar tatabahasa, tetapi dalam BAK, tatabahasa hanya diajar secara tidak langsung. Saya tidak pasti murid-murid sekolah rendah boleh faham tatabahasa Arab yang diajar secara TIDAK LANGSUNG. Kalau tatabahasa Inggeris bertulisan Rumi yang diajar secara langsung pun susah nak faham, apatah lagi tatabahasa bertulisan Arab yang diajar secara tidak langsung.Jadi, dalam hal ini sebenarnya memang sejak dulu lagi saya berasa tak senang hati untuk mengajar dengan menggunakan kaedah komunikasi ini. Kerana apa? Kerana ianya tidak sama dengan kaedah yang saya belajar BA dulu semasa di sekolah rendah. Bagi saya, kaedah yang dulu digunakan jauh lebih senang dan mudah untuk murid sekolah rendah ikut dan faham.Oleh itu, untuk sukatan BA yang baru ini, setelah saya lihat dan teliti, memang ia boleh menyebabkan guru Bahasa Arab tersenyum lebar. Perubahan ketara untuk Tahun 1 2008 ini ialah pada bab yang pertama. Kalau dulu bab pertama dah perlu diajar komunikasi, tetapi kali ini murid diajar tentang huruf hijaiyah Arab terlebih dahulu. Kalau satu bab diajar untuk tempoh lebih kurang sebulan (biasanya 3 minggu sahaja paling lama kalau tolak cuti dan program yang pelbagai), maka Insya-Allah diharapkan TIADA murid lagi yang masih tidak kenal (walaupun murid yang paling bermasalah) huruf hijaiyah Arab sebelum diajar tatabahasa dan sebagainya.Yang keduanya adalah pada bilangan waktu mengajarnya iaitu 5 waktu dalam seminggu, bersamaan dengan 2 jam setengah seminggu. Sebelum ini (dan sekarang) mata pelajaran BAK hanya diajar 2 waktu seminggu ataupun sejam seminggu. Dalam erti kata yang lain, murid hanya berjumpa dengan guru Bahasa Arab mereka di dalam kelas (kalau guru itu tidak mengajar Pendidikan Islam untuk kelas itu) hanya sekali dalam seminggu sahaja.Sudahlah isi kandungan dalam BAK memang banyak yang perlu diajar kepada murid, tetapi waktu yang diperuntukkan pula sedikit. Macam tidak seimbang di antara isi kandungan dan waktu yang diperuntukkan. Boleh dikatakan biasanya murid yang cemerlang (bukan sederhana sahaja) Bahasa Arab di sekolah kebangsaan adalah kerana dia sudah banyak belajar Bahasa Arab (6 waktu) di sekolah agama pada sebelah petangnya. Hanya sebahagian murid yang tidak sekolah agama yang boleh mendapat markah tinggi dalam ujian atau peperiksaan BAK di sekolah kebangsaan. Pendapat saya ini tiada kena-mengena dengan murid sekolah lain, tetapi daripada perbualan dan perbincangan dengan rakan-rakan, memang kami ada persamaan pendapat dari sudut ini.Tinggal yang menjadi masalah dan perbincangan adalah dari sudut pelaksanaan jadual waktu BA nanti. Sama ada untuk murid Tahun 1 ataupun Tahun 4 2008 (murid j-QAF Tahun 3 yang sudah wajib belajar BAK sekarang ini). Apa yang saya nampak ialah waktu pulang dari sekolah bertambah lewat, mungkin hanya setengah jam lewat dari yang sekarang ini. Apa yang melegakan ialah semasa kursus tersebut kami dimaklumkan bahawa semua guru besar, guru penolong kanan dan guru yang bertugas membuat jadual waktu akan dipanggil untuk hadir taklimat tentang perkara ini. Saya berharap ada surat pekeliling yang baru pula memaklumkan tentang jadual waktu persekolahan yang baru. Ini supaya bagi 'melenyapkan' dan 'mendiamkan' segala ketidak puashatian daripada guru-guru lain. Semua guru dan murid sama-sama pulang lewat, tiada yang balik rumah awal. Bukan BA sahaja yang dijadualkan pada waktu terakhir. Kuasa orang atasan sangat penting dalam hal ini.Yang ketiganya dan yang terakhir adalah pada isi kandungannya. Secara umumnya, isi kandungan BA yang diajar lebih sedikit dari BAK. Contohnya, kalau dalam BAK diajar Bilangan dan Nombor dari Wahid (satu) hingga 'Asyarah (sepuluh) dalam satu bab, tetapi kali ini dalam BA ia diajar dalam dua bab. Wahid (satu) hingga Khamsah (lima) diajar dalam satu bab manakala Sittah (enam) hingga 'Asyarah (sepuluh) diajar dalam bab yang berikutnya. Nampak macam sedikit, tetapi murid mesti kuasai 4 kemahiran iaitu pendengaran, percakapan, pembacaan dan penulisan.Selain itu, aspek tatabahasa diberi penekanan utama. Aspek komunikasi masih ada dan memang tetap akan ada. Bagi Tahap 2 pula, akan diajar beberapa kata-kata hikmah dan perumpaan yang ringkas.Sebab itu saya boleh katakan guru Bahasa Arab kali ini boleh tersenyum lebar. Akan tetapi, mereka perlu buktikan kejayaan dan kecemerlangan murid dalam berbahasa Arab. Dengan penambahan waktu pada 5 waktu seminggu dan isi kandungan (bilangan perkataan) yang dikurangkan serta dilebihkan aspek tatabahasa dari komunikasi, maka diharapkan murid dapat menguasai kemahiran asas Bahasa Arab bagi peringkat sekolah rendah.Nama Dr. Abdul Rahman bin Abdullah beberapa kali disebut dalam kursus tersebut. Saya baru tahu beliau sudah ada PhD. Saya pasti beliaulah (melihat biodata dan gambar di belakang buku teks) yang merupakan bekas guru Bahasa Arab saya semasa di SMKA Segamat sebelum saya 'dilarikan' ke KISAS. Kami memanggilnya sebagai Ustaz Rahman. Sudah hampir 15 tahun saya tak dapat berjumpa dengan beliau. Mabruk kepada beliau yang berjaya menyusun sukatan baru BA yang hebat ini. Semoga Allah memberkati dan merahmati guru terbilang saya ini.Dengan adanya program j-QAF dilaksanakan sejak tahun 2005, bukan sahaja bilangan guru agama bertambah di sekolah kebangsaan bagi memperkasakan Pendidikan Islam, tetapi Bahasa Arab juga semakin dimartabatkan kerana bukan sahaja murid Islam wajib mempelajarinya tetapi juga dengan penambahan waktu pengajaran dan pembelajarannya.Semoga generasi j-QAF ini pada masa depan akan menjadi generasi yang celik Islam, celik Solat, celik Al-Quran, celik Jawi dan celik Arab. Ya Allah, terimalah segala usaha kami ini sebagai amal jariah yang tidak akan putus pahalanya walaupun kami berada di alam barzakh nanti.
Dihantar oleh: Nazri Samsudin http://www.mendidik.blogspot.com

j-QAF Pendidikan Khas: Dakwah anak murid OKU

Program j-QAF diperluas ke kelas pendidikan khasOleh Rosniza Mohd Taha
30 sekolah terpilih laksana amali solat, iqra untuk murid istimewa
PROGRAM Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) yang sebelum ini dilaksanakan di sekolah rendah akan diperluaskan ke 2,366 kelas Program Integrasi Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (PIPKMP) serta 28 Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) secara berperingkat, mulai tahun ini hingga 2014.
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran, Rozainum Ahmad, berkata kira-kira 12,000 murid pendidikan khas seluruh negara dijangka mengikuti program itu, selain membuka peluang 700 jawatan guru j-QAF Pendidikan Khas.
Beliau menjelaskan, buat permulaan sebanyak 30 sekolah yang menyertai PIPKMP akan melaksanakan j-QAF mulai 28 Januari ini, menggunakan dua modul iaitu Modul Amali Solat bagi fardhu Ain dan Modul Kaedah Iqra’ untuk tilawah al-Quran.
Katanya, seramai 30 guru j-QAF Pendidikan Khas sudah melaporkan diri di institut pendidikan guru kelmarin untuk mengikuti program orientasi dua minggu dan seterusnya menjalani Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di sekolah terbabit.
“j-QAF Pendidikan Khas ini sebahagian usaha melaksanakan program Pelan Induk Pembangunan Pendidikan di bawah teras dua dan empat iaitu membangunkan modal insan serta merapatkan jurang pendidikan.
“Kurikulumnya berdasarkan kurikulum j-QAF aliran perdana yang disesuaikan mengikut tahap kemampuan murid pendidikan khas.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral serta Bahagian Pendidikan Guru atas kerjasama menempatkan guru j-QAF di 30 sekolah PIKPMP,” katanya ketika ditemui di Putrajaya, semalam.
Rozainum berkata program itu dilaksanakan setelah kejayaan projek rintisnya pada Julai hingga Oktober lalu di 12 sekolah PIKPMP membabitkan 100 murid pendidikan khas.
“Semua murid pendidikan khas yang menyertai program rintis berjaya mencapai sasaran menguasai Iqra 1 dalam tempoh 10 minggu, manakala empat dipilih sebagai murid cemerlang dengan pencapaian melebihi sasaran iaitu menguasai Iqra 3 dalam tempoh berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, j-QAF untuk SKPK akan dimulakan tahun depan menerusi projek rintis di empat sekolah kategori masalah penglihatan dan pendengaran.
“Pelaksanaan j-QAF di SKPK mengambil masa lebih lama untuk dimulakan kerana ia memerlukan alat pengajaran dan pembelajaran khas seperti al-Quran Braille bagi tilawah murid masalah penglihatan,” katanya.
Sumber:
Berita harian

Rabu, 9 Januari 2008

Sambutan Awal Muharam 1429H Peringkat Sekolah

Majlis dimulai dengan bacaan Surah Yasin dan bacaan Doa Akhir Tahun

Semua guru tengah khusyuk membaca Surah Yasin

Amin..Yarabbal alamin..Ya Allah ya tuhan kami berikanlah kami keampunan segala kesalahan serta kesilapan yang telah kami lakukan pada masa lalu..dan teguhkanlah iman kami..golongkanlah kami di kalangan hamba-hambamu yang beriman...

Tazkirah bersempena Awal muharam di sampaikan oleh Tuan Haji Abdul Hamid, banyak intipati yang berguna di sampaikan oleh beliau dalam tazkirah tersebut..Majlis bersurai pada jam 1.00 tengahari.

Jumaat, 4 Januari 2008

Suasana Di Hari Pertama Persekolahan

Perhimpunan pagi bagi mendengar Amanat Guru Besar SK Seri Utama Sg. Besar Pn.Hjh Nasmiah Bt Jamon sempena hari pertama persekolahan sesi 2008

Sebahagian daripada murid Sk Seri Utama,berhimpun mendengar taklimat dari para guru sambil di perhatikan oleh para ibu bapa

Suasana Dalam Kelas j-QAS murid tahun Satu 2008

' © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates